Monday, March 28, 2011

Menu dari dapur

Gambar ni diambil masa minum pagi dalam Kem Team Building kat Kemunyang Sibu. Sedap, cuma inti dia keras sikit tak macam yang sebelum ni saya pernah makan. Warna kuih ni sangat la menarik dan yang paling best sekali ialah pulut panggang yang kat belakang tu. Tak ada inti, tapi sangat sedap dimakan begitu sahaja. Itulah nikmat dunia, belum lagi nikmat di syurga nantikan. Memang tak dapat nak dibayangkan bagaimana tahap nikmat itu.


 Alhamdulillah, percubaan pertama untuk buat kek span menjadi dan sangat sedap serta sihat sebab saya dah kurangkan kandungan gula. Percubaan kedua telah pun berjaya jugak, malah semakin sedap. nyum...nyum...inilah resepi yang ter'SANGAT'lah mudah untuk dibuat. Kalau nak buat kek untuk ulangtahun pun boleh je dan lebih menjimatkan duit. Memang berbaloi.


Kuih ni ala-ala kuih lengang tapi lain sedikit dari segi inti dia. Buatan tangan sendiri ni tau, tetiba bangun pagi tu terasa nak masak. Resepi plak main tabur je, asalkan menjadi. Alhamdulillah, menjadi jugak dan sangat sedap. 


Inilah snack yang paling mudah dan mengenyangkan. Bagi teman-teman yang nak berdiet tapi selalu je rasa lapar, boleh la gantikan snack anda yang sebelum ini adalah keropok, kerepek atau biskut dengan snack buah ni. Lagipun buah sangat bagus untuk penghadaman dan jugak kulit. Selamat mencuba.



-Sekian-

Tuesday, March 22, 2011

lebih BANYAK yang menarik untuk mu Teman


Dimulakan ungkapan ku dengan khalimah memuji Mu Ya ALLAH. Semoga semuanya sentiasa berada dalam redha dan berkat-NYA. Sepanjang minggu lepas, banyak perkara pemandangan dan kenangan yang hendak dikongsikan. Cuma, masa sekarang ni tak mengizinkan. Belum ada masa lagi nak upload gambar kat dalam blog. Tapi apa2 pun, harap teman2 semua sanggup menunggu yer...semoga kalian semua terus berada dalam redha ALLAH SWT.


Kata-kata hari ini: 
♥ Alhamdulillah, selesai sudah amanah yang berat, kerna redha dan berkat dari Yang Maha Esa...takkan sunyi hidup ini tanpa cabaran dan dugaan agar sentiasa beringat tiada yang 
sempurna dalaman dan luaran melainkan ALLAH Sang Pencipta ♥"


-Sekian-

Tuesday, March 15, 2011

|:> Ya ALLAH, hanya pada-MU ku berserah <:|

Bila dirimu terasa gelisah dan resah, pandanglah ke langit, berbicaralah dengan ALLAH, dan pohonlah kepada-NYA akan ketenangan hati dan petunjuk sebuah kebenaran yang kau cari, sesungguhnya ALLAH pasti akan berbicara denganmu kembali, melalui pelbagai cara yang DIA kehendaki



-Sekian-

Thursday, March 10, 2011

My Gadget My Baby Canny

Inilah gadget kesayanganku, setimpal dengan kemampuan ku sebagai newbie dalam bidang photography. Semoga ALLAH memberi rezeki yang lebih untuk ku. Agar bisa ku rakamkan segala panorama penciptaan-MU yang indah. Nak tambah lens baru dan Flash light baru.. InsyaALLAH



-Sekian-

MSNS Team Building Camp

Pada 25 hingga 27 Februari lepas, berlansungnya sebuah program dengan kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Pusat Satelit Sarawak Institut Sukan Negara iaitu "Team Building Camp". Program ini dijalankan di Kem Kemuyang, Sibu Sarawak. Para peserta merangkumi kakitangan bahagian lama dan baru dari seluruh Sarawak. Bagi peserta dari bahagian Kuching telah disediakan bas MSNS untuk bergerak ke kawasan kem yang mengambil masa lebih kurang 6 ke 7 jam. Banyak perkara yang diperlajari melalui kem ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan yang pasti terdapat "sesuatu" yang telah saya pelajari ketika kem tersebut. "sesuatu" yang begitu bermakna dan hanya saya dan ALLAH yang mengetahuinya. Di bawah ini, saya kongsikan beberapa gambar kenangan ketika kem berlansung selama 3 hari 2 malam itu.







-Sekian-

Friday, March 4, 2011

|:> Ilmu MU tiada tolak bandingnya <:|

ILMU ALLAH tiada bertepi dan tiada berganti. Sesungguhnya, walaupun kau bisa mengumpulkan embun-embun untuk membentuk lautan masih belum mampu lagi  menyamai ILMU ALLAH. Kerna ALLAH itu Maha Bijaksana.

Tapi, manusia kerap kali lupa. Sering kali mereka mengungkapkan "Kerana usaha akulah mereka berjaya" , "Projek ini takkan siap dengan sempurna kalau aku tak memberi pandangan" dan macam-macam lagi. Kesalahan seperti ini, pasti menjadi suatu yang biasa kerna kita ini manusia yang kerap kali lalai dan alpa dengan segala nikmat yang diberikan. Sehinggakan kita terlupa bahawa dari ALLAH SWT segalanya datang. DIA berhak untuk memberi kepada sesiapa yang DIA kehendaki dan DIA jugak berhak untuk merampas  ia daripada sesiapa yang DIA kehendaki. Adalah lebih baik setiap tutur kata dan ungkapan kita mulakan dengan memuji Sang Pencipta. Ungkaplah kata syukur "Alhamdulillah...segala puji untuk ALLAH" Tanpa  NYA pasti kita takkan merasa nikmat ini semua. Kita sebagai manusia hanyalah hamba-NYA yang diberi keistimewaan masing-masing untuk memiliki sedikit ilmu yang ada pada ALLAH.

Contoh yang paling mudah, sehebat manapun hasil ciptaan, kajian, atau rekaan seseorang manusia itu, takkan berjaya tanpa Ilmu ALLAH dan kehendak ALLAH. Dengan ini, sentiasa kita biasakan lidah untuk mengungkapkan kata syukur. Sesungguhnya kata-kata yang mudah itu, apabila dilafazkan tiada rugi bagi kita, malah Saham Akhirat yang akan bertambah. Apalagi, mari kita ucapkan kata syukur buat ALLAH SWT.

Alhamdulillah, segala puji untuk ALLAH SWT.

-Sekian-

  

Thursday, March 3, 2011

|:> Roti Kayuk <:|

Hari ni, tetiba rasa nak buat roti sendiri. Dah belajar cara buat roti sebelum ni, tapi dah lupa la. Takpe, walau apapun, tetap jugak nak buat. Tunggu next post tentang "Roti Kayuk" yer. Harap-harap menjadi, AMINN

Gambar Hiasan (Google)



-Sekian-

Wednesday, March 2, 2011

Rabiah Al Adawiyah: Perindu Kecintaan Allah





Rabiah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabiah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.

Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.

Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.

Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.

Rabiah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?

Kecintaan Rabiah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.

Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.


Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

-Sekian-

|:> Ada Apa Pada CINTA <:|

 CINTA --> sememangnya INDAH, itulah nikmat yang ALLAH berikan buat semua makhluk di muka bumi ini.

Rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Manusia pun turut tak terkecuali untuk merasai nikmat ini. Ia bermula dengan terciptanya Adam dan Hawa. Yakni kejadian Hawa sebagai penyeri hidup Adam di syurga ALLAH.

Betapa indahnya hidup bila kita berpeluang merasa nikmat RINDU, KASIH SAYANG, dan CINTA. Pasti kalian turut pernah merasainya bukan? Bohong jika tidak pernah. Perasaan ini boleh di kategorikan dalam banyak segi, antara nya RINDU, KASIH SAYANG dan CINTA kepada sesama manusia, alam ciptaan ALLAH, dan yang paling penting kepada Sang Pencipta dan Kekasih-NYA.

Setiap daripada kita mempunyai kisah dan pengalaman sendiri tentang perasaan tersebut. Yang paling utama ialah, segala perasaan yang timbul itu adalah anugerah terindah dari ALLAH dan terpulang kepada kita untuk menghargai rasa tersebut dengan cara yang terbaik dan diredhai ALLAH SWT.

-Sekian-

Tuesday, March 1, 2011

|:> La Tahzan <:|

Sungguh indah nya hari yang diterangi oleh matahari, terselit kesejukan dek angin sepoi-sepoi bahasa,
Tapi walau apa pun, tiada dalam dugaan kita bila tiba-tiba turunnya titisan hujan membasahi bumi,
Kecerahan yang semakin menghilang tenggelam disebalik dek awan yang kelam,
Getaran langit berdentum mengegar jiwa oleh sang guruh dan halilintar,
Tiada kata bisa mentafsir gejolak jiwa yang resah dan gundah,
Terasa hilang punca dek hujan yang semakin menebal, Maka timbul banyak persoalan tanpa jawapan,
Kenapa hujan dan ribut, di kala sungguh indah menikmati hari-hari yang cerah,
Semakin banyak persoalan tanpa jawapan timbul menerjah minda,
Tanpa disedari, hujan yang menitis tadi semakin menghilang dan memberi kesejukan yang nyaman di bumi ALLAH,
Di sebalik awan yang semakin mecerah, terselit warna-warna Pelangi yang Indah,
Seindah pelangi ciptaan ALLAH menghiasi hari-hari yang suram menjadi lebih Indah dan bermakna,
Pelangi itulah nikmat ALLAH yang terIndah buat hamba-NYA yang tahu menghargai.

MAKA,
La Tahzan

Teman,
Pilihlah BAHAGIA jika kau tak mampu untuk merasa KECEWA, 
Sesungguhnya kau takkan merasa rugi, malah hidupmu akan jadi lebih bererti

-Sekian-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...