Friday, March 4, 2011

|:> Ilmu MU tiada tolak bandingnya <:|

ILMU ALLAH tiada bertepi dan tiada berganti. Sesungguhnya, walaupun kau bisa mengumpulkan embun-embun untuk membentuk lautan masih belum mampu lagi  menyamai ILMU ALLAH. Kerna ALLAH itu Maha Bijaksana.

Tapi, manusia kerap kali lupa. Sering kali mereka mengungkapkan "Kerana usaha akulah mereka berjaya" , "Projek ini takkan siap dengan sempurna kalau aku tak memberi pandangan" dan macam-macam lagi. Kesalahan seperti ini, pasti menjadi suatu yang biasa kerna kita ini manusia yang kerap kali lalai dan alpa dengan segala nikmat yang diberikan. Sehinggakan kita terlupa bahawa dari ALLAH SWT segalanya datang. DIA berhak untuk memberi kepada sesiapa yang DIA kehendaki dan DIA jugak berhak untuk merampas  ia daripada sesiapa yang DIA kehendaki. Adalah lebih baik setiap tutur kata dan ungkapan kita mulakan dengan memuji Sang Pencipta. Ungkaplah kata syukur "Alhamdulillah...segala puji untuk ALLAH" Tanpa  NYA pasti kita takkan merasa nikmat ini semua. Kita sebagai manusia hanyalah hamba-NYA yang diberi keistimewaan masing-masing untuk memiliki sedikit ilmu yang ada pada ALLAH.

Contoh yang paling mudah, sehebat manapun hasil ciptaan, kajian, atau rekaan seseorang manusia itu, takkan berjaya tanpa Ilmu ALLAH dan kehendak ALLAH. Dengan ini, sentiasa kita biasakan lidah untuk mengungkapkan kata syukur. Sesungguhnya kata-kata yang mudah itu, apabila dilafazkan tiada rugi bagi kita, malah Saham Akhirat yang akan bertambah. Apalagi, mari kita ucapkan kata syukur buat ALLAH SWT.

Alhamdulillah, segala puji untuk ALLAH SWT.

-Sekian-

  

2 comments:

Faizal Ismail said...

salaam ziarah...
ilmu tanpa amal ibarat
perjuangan yang telah lari dari garisan

Nurulisa said...

salam buat akhi faizal,

btul tu, setiap ilmu yang diperolehi mesti diamalkan sebaik mungkin. mereka yang berilmu pulak, tidak dapat dinilai melalui sijil, pangkat, kelulusan dan sebagainya. kerna ilmu ALLAH itu dalam semua segi dan bentuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...