Bismillah...alhamdulillah wa syukurillah..
**sekadar perkongsian dan peringatan buat diri kita**
Segala puji-pujian selayaknya hanya milik Allah Yang Maha Esa, Yang Satu yang patut disembah. Segala rasa kesyukuran dipanjatkan kerna malam ini telah menjadi insan yang terpilih. Apa yang saya maksudkan ialah terpilih untuk berinteraksi dengan insan-insan yang sangat istimewa serta berkeupayaan luarbiasa anugerah ciptaan Allah Taala.
Sesi ceramah motivasi malam ini yang saya gelar "Aku Juara" disampaikan khas buat kontinjen Sarawak untuk Paralimpiad XVI Pahang pada 9-14 Disember 2012. Sebelum ini, pernah terlintas di hati untuk bersama dengan mereka dan membantu sedayanyang mampu supaya insan-insan ini berjaya dalam menggapai impian mereka dalam sukan. Allahamdulillahirabbilalamin, akhirnya malam ini Allah perkenankan.
Bersama dengan mereka ini rasa sangat berbeza, rasa seronok yang berlainan daripada biasa. Saya sendiri rasa sangat kerdil bila berada di hadapan mereka. Ini adalah kerana, aura keistimewaan, kekuatan, kecekalan yang ada pada mereka. Secara tidak lansung bagi saya, ini merupakan PERINGATAN HALUS dari Allah untuk saya. Tersedar dari mimpi yang lena bahawa
-> JANGAN SOMBONG dengan nikmat yang Allah pinjamkan kerna bila-bila masa Allah boleh tarik kembali.
-> JANGAN LALAI dengan nikmat yang Allah limpahkan kerana bila-bila masa boleh tersasar dari jalan yang lurus.
-> JANGAN BERLAGAK dengan nikmat yang Allah curahkan kerna siapalah kita hanya seorang hamba yang tidak memiliki apa selain pinjaman semata-mata, cukup masanya pasti perlu dikembalikan.
Bersyukur kepada insan yang diambil nikmat penglihatan pada matanya, tetapi Allah gantikan dengan penglihatan yang lebih baik melalui mata hati. Tetapi tanyalah keoada diri sendiri, apa yang kita lakukan dengan nikmat mata yang Allah berikan. Astaghfirullahaladzim, ya Allah, ampunilah kami terimalah taubat kami, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dan tidak sombong dengan nikmatMu.
p/s: Mereka yang sombong kepada Allah ialah mereka yang tidak menunaikan solat kerna tidak berterima kasih kepada Allah. Jangan marahkan saya dengan kata-kata ini, kerna di lubuk hati anda turut menyetujui kebenarannya. Sesungguhnya ia juga peringatan TEGAS buat diri sendiri...wallahualam
No comments:
Post a Comment