Wednesday, December 5, 2012

Terima kasih Allah

Bismillah...alhamdulillah wa syukurillah..

**sekadar perkongsian dan peringatan buat diri kita**

Segala puji-pujian selayaknya hanya milik Allah Yang Maha Esa, Yang Satu yang patut disembah. Segala rasa kesyukuran dipanjatkan kerna malam ini telah menjadi insan yang terpilih. Apa yang saya maksudkan ialah terpilih untuk berinteraksi dengan insan-insan yang sangat istimewa serta berkeupayaan luarbiasa anugerah ciptaan Allah Taala.

Sesi ceramah motivasi malam ini yang saya gelar "Aku Juara" disampaikan khas buat kontinjen Sarawak untuk Paralimpiad XVI Pahang pada 9-14 Disember 2012. Sebelum ini, pernah terlintas di hati untuk bersama dengan mereka dan membantu sedayanyang mampu supaya insan-insan ini berjaya dalam menggapai impian mereka dalam sukan. Allahamdulillahirabbilalamin, akhirnya malam ini Allah perkenankan.

Bersama dengan mereka ini rasa sangat berbeza, rasa seronok yang berlainan daripada biasa. Saya sendiri rasa sangat kerdil bila berada di hadapan mereka. Ini adalah kerana, aura keistimewaan, kekuatan, kecekalan yang ada pada mereka. Secara tidak lansung bagi saya, ini merupakan PERINGATAN HALUS dari Allah untuk saya. Tersedar dari mimpi yang lena bahawa
-> JANGAN SOMBONG dengan nikmat yang Allah pinjamkan kerna bila-bila masa Allah boleh tarik kembali.
-> JANGAN LALAI dengan nikmat yang Allah limpahkan kerana bila-bila masa boleh tersasar dari jalan yang lurus.
-> JANGAN BERLAGAK dengan nikmat yang Allah curahkan kerna siapalah kita hanya seorang hamba yang tidak memiliki apa selain pinjaman semata-mata, cukup masanya pasti perlu dikembalikan.

Bersyukur kepada insan yang diambil nikmat penglihatan pada matanya, tetapi Allah gantikan dengan penglihatan yang lebih baik melalui mata hati. Tetapi tanyalah keoada diri sendiri, apa yang kita lakukan dengan nikmat mata yang Allah berikan. Astaghfirullahaladzim, ya Allah, ampunilah kami terimalah taubat kami, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dan tidak sombong dengan nikmatMu.

p/s: Mereka yang sombong kepada Allah ialah mereka yang tidak menunaikan solat kerna tidak berterima kasih kepada Allah. Jangan marahkan saya dengan kata-kata ini, kerna di lubuk hati anda turut menyetujui kebenarannya. Sesungguhnya ia juga peringatan TEGAS buat diri sendiri...wallahualam

Tuesday, August 7, 2012

MoDAGaR 01...(Motivasi Dari Allah Gaya Rasulullah)


Pilihlah kalam Allah s.w.t sebagai kata-kata motivasi mu buat inspirasi untuk menaikkan semangat dan iman.
Direct to Allah you will never be regret-->>

Bingkisan istimewa buatmu Sang Pencari Bahagia

La Tahzan wahai sahabatku
Kesatkan airmata mu hapuskan kesedihan mu
Sesungguhnya dugaan itu tanda Allah kasih pada mu
Sesungguhnya ujian itu petunjuk Allah buat mu untuk kembali pada-Nya
Sesungguhnya cubaan itu bukti cemburu nya Allah bila diri mu menjauh dari-Nya

La Tahzan wahai sahabatku
Pilihlah bahagia jika dikau tak mampu untuk terus dibendung duka.
Bermohonlah kepada Yang Maha Esa sedikit kesabaran, ketabahan, dan kekuatan
Bersadulah kepada Pemilik hatimu Allah Yang Mendengar lagi Maha Mengetahui
Berceritalah pada-Nya tentang semua yang terjadi
Walaupun hakikatnya Dia lebih mengetahui apa yang tidak dirimu ketahui

La Tahzan wahai sahabatku
Selipkan redha dalam dirimu pasti bahagia makin mendekat
Susurkan jiwamu dengan zikrullah pasti ketenangan menjadi peneman
Sisipkan ungkapan "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" dalam lafaz mu

Sesungguhnya kita ini milik Allah, dan hanya kepada -Nya kita kembali
Sabar dan redha dengan segala ketentuan yang tertulis untuk mu
Kerna diri mu pasti tergolong dalam golongan yang mendapat keampunan dan kerahmatan dari Allah Ya Kareem
Terbentang buat mu petunjuk dari Yang Maha Esa untuk keluar dari terowong duka
Begitu juga telah Allah katakan dalam kalamullah,


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah ayat 155 hingga 157)

Tiada kerugian buat mu
Malah syurga menanti buat mereka yang sabar dan redha

Sunday, July 29, 2012

Jom!!...meh kiter memotivasikan diri di bulan Ramadahan ni...

  •  Apakah yang anda tahu dan faham tentang Motivator?
  Secara ringkasnya Motivator ialah individu yang berkebolehan dan pakar dalam memberi inspirasi kepada individu lain serta mendorong ke arah perubahan yang lebih baik samada dalam aspek kehidupan, ekonomi, perasaan, dan lain-lain.


  • Siapakah Motivator yang paling dikagumi terlintas difikiran anda?
 Berkemungkinan jawapan ini tidak akan sama dengan jawapan yang terlintas dalam benak fikran anda. Secara peribadinya, saya memilih Motivator yang patut dikagumi dan terulung di abad ini zaman berzaman ialah Rasulullah s.a.w, iaitu Muhammad bin Abdullah. Baginda merupakan ikon dalam motivasi kerana telah bejaya mengubah masyarakat Arab Jahiliah daripada kegelapan mengikut hawa nafsu kepada cahaya Islam. Ini sahaja sudah memberikan bukti yang begiru relevan dan kukuh untuk menjadikan Baginda sebagai Ikon Motivasi.


  • Bagaimana para Motivator itu memberi motivasi kepada individu lain?
 Kini kebanyakkan pekara berkaitan motivasi akan merujuk kepada buku-buku, teori-teori barat malah begitu juga kaedah-kaedah dalam penyampaian motivasi. Tetapi Baginda Rasulullah s.a.w, kerap kali merujuk segala permasalahan berkaitan motivasi kepada Sang Pencipta Pemilik Motivasi, Allah s.w.t. Ini merupakan faktor utama dalam kejayaan Baginda sehingga dijadikan sebagai Ikon Motivasi. Dalam Al-Quran, Allah s.w.t menegaskan bahawa Baginda Rasulullah merupakan insan yang tepat untuk diteladani.  

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (al-Ahzab:21)

Terdapat 8 paksi sumber Motivasi Islam
① Solat
② Baca dan faham Al-Quran
③ Baca Hadis
④ Kisah para Ulama dan Orang Soleh
⑤ Seruan Azan
⑥ Taubat
⑦ Sabar
⑧ Ikhlas    

**inilah masanya untuk kita berubah daripada meneladani 100% budaya barat, tetapi menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola kita. Meneladani Baginda dalam segenap ruang, semoga beroleh syafaat di hari akhirat, beroleh keberkatan di bulan Ramadahan. Untuk memahami lebih lanjut anda boleh baca dan belajar melalui buku penulisan Mohd Khairul Nizam, "Motivasi Gaya Rasulullah".  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...