Wednesday, February 23, 2011

|:> Manisan <:|

Sebagai penutup kata terindah untuk hari ini
hanya sebagai tatapan semua






-SEKIAN-

|:> TEMAN <:|

Sabda Rasulullah s.a.w 
"Tidak sempurna iman salah seorang dpd kamu sehingga kasih ia kpd saudaranya sebagaimana dia kasih kpd dirinya sendiri" 
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)


Istimewa ku tujukan buat semua teman-teman yang mengenali diri ini. Kehadiran kalian dalam hidupku amat memberi seribu makna dan erti. Kalian adalah perantara terbaik yang ALLAH berikan untuk ku agar lebih mengenali diri sebagai seorang Muslim. Betapa banyak lagi kelemahan yang ada pada diri masih perlu ku terokai dan ku perbaiki untuk menjadi yang lebih baik berbanding sebelum ini. 

Tak kira siapakah kalian, dimana kita bertemu segala kenangan, ingatan, pengalaman, teguran akan ku simpan  untuk dijadikan pedoman sebagai seorang Muslim. Bingkisan teristimewa buat semua teman yang ku kenali:


*sejak di bangku sekolah rendah SK Matu Baru
*meningkatnya usia mengenali dunia sebagai remaja di tempuh bersama semasa di SMK Tun Abang Haji Openg,
*mempelajari hidup yang penuh onak dan duri tanpa keluarga di sisi semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan,
*melangkah ke era yang lebih mencabar dalam menimba Ilmu dan kehidupan yang pernuh saingan semasa berada di UNIMAS,
*mempertahankan diri dengan langkah yang berani membuatkan aku mengenali kalian di Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, Sarawak (PSSCUH).
*semakin meningkat matang dalam mengenali dunia bekerjaya di awal pekerjaan di Akademi Binaan Malaysia Sarawak,
*lebih mencari erti kehidupan sebagai Muslimah yang lebih matang dalam kerjaya sekarang di Pusat Satelit Sarawak Institut Sukan Negara.
*secara tidak lansung, mengenali kenalan yang turut sama mencari erti Cinta Hakiki Cinta Illahi dalam Facebook.

Semoga ALLAH SWT terus merahmati dan memberkati kalian.
Uhibbuka Fillah




-SEKIAN-

|:> Anak anugerah ALLAH yang terindah <:|

Setiap mereka yang telah bernikah di jalan ALLAH dan bertemu dengan pasangan yang soleh, maka telah lengkaplah separuh dari agamanya.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:
"Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh ALLAH dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada ALLAH untuk sebahagian yang lain itu."
(Hdith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Melalui pernikahan yang diberkati ALLAH pasti akan terlahir bakal ulama yang akan berjihad di jalan ALLAH dalam menegakkan Islam yang syumul. Mendidik Muslim sejati dalam diri seorang anak kecil mengikut ajaran Rasulullah SAW. Berlaku adil dengan anak-anakmu dan berikan didikan yang sempurna agar mereka dapat menjadi bakal ulama di akhir zaman kelak. Itulah kewajipan ibu bapa dan sekaligus amanah dari ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Takutlah akan ALLAH dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu."

-SEKADAR GAMBAR HIASAN-

i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim)


-SEKIAN-

|:> Hidup berpasangan <:|

Rasulullah SAW bersabda:
"Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakkan berleluasa."
(Riwayat Al-Baihaqi)

-SEKADAR GAMBAR HIASAN-
Sesungguhnya telah ALLAH janjikan bahasa setiap hamba-NYA telah ditetapkan jodoh dan tertulis nama mereka dalam Loh Mahfuz lagi. Sedangkan kewujudan Hawa adalah dari tulang rusuknya Adam. Kita tidak akan tahu siapakan jodoh yang telah ALLAH tetapkan buat kita.

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula ALLAH menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dengan (menggunakan) nama-NYA kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahum. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


Tapi yang pasti ALLAH lebih mengetahui setiap yang terbaik buat hamba-NYA. 
Seperti janji ALLAH yang terakam dalam Surah al-Nur:

"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (Surah al-Nur 24: 26)

Buat sahabat ku, semoga hubungan kalian berkekalan di dunia dan di akhirat. Sematkanlah CINTA antara kalian dengan CINTA pada ALLAH Yang Maha Esa. Sesungguhnya DIA yang berhak untuk kita cintai sepenuh hati demi menjaga hubungan duniawi agar kekal hingga ke syurga Firdausi...AMINN ALLAHUMMA AMINN..

-SEKIAN-

|:> Puding Roti & Sandwich Telur <:|

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, 
Bersama dengan teman-teman sepejabat, kami telah sepakat membawa berkat nak buat aktiviti masak-masak. Oleh itu, pilihan kami ialah:

Puding Roti + Sandwich Telur

Menu yang sangat mudah, dan yang paling penting semangat kerjasama antara kami untuk menyiapkan menu tersebut patut dibanggakan. Yang paling seronok sekali bila yang tak tahu masak sebelum ni pun, turut belajar  untuk masak. Berkongsi ilmu disamping mengeratkan ukhuwah sesama kami. Ilmu ALLAH itu luas, segala yang kita perlakukan itulah ilmu ALLAH. Kita hanyalah hamba-NYA yang tak memiliki apa-apa tanpa kehendak-NYA. 

Gambar kat bawah ni, tunjukkan cara yang mudah untuk buat puding roti yang tersangatlah sedap...nyum..nyum...Alhamdulillah...apa lagi, jom la cuba (^_^)


*Resepi ini atas permintaan dari my kezen Rye Abd Rahman*

Resepi simple Puding Roti Nyum Nyum
sekayu roti (yang murah pun ok, JIMAT)
4 biji telur ayam (bukan telur itik atau telur puyuh yer)
majerin (nak sedap boleh guna Planta)
1 sudu teh esen vanilla
setin susu cair (ikut jenama mana yang anda suka)
gula (ikut suka, kurangkan manis dalam makanan yer, tapi tambahkan manis dalam senyuman masa memasak)
beras cokelat (chocolate rice)

cara-cara nak buat pulak:
Sapu majerin kat atas permukaan roti, ikutlah berapa banyak roti yang anda suka.
Kemudian, susun cantik-cantik ke dalam loyang selang-seli taburkan dengan cokelat rice (nak letak bahan lain pun takpe, ikut suka anda yer)
pukul telur dengan gula sampai sebati. (sampai gula tu hancur yer)
Pastu masukkan pulak susu cair dan esen vanilla, gaul sebati.
Dah selesai tu, tuangkan bahan yang digaul tadi ke dalam loyang yang dah disusun roti.
Bakar dalam ketuhar sampai kekuningan yer bukan sampai kehangusan, lebih kurang 15-20 minit.
Kalau tak ada ketuhar, boleh try kukus, tapi saya tak jamin puding tu jadi ke tak.
Saya galakkan anda untuk mencuba, kalau dah jadi tu boleh bagitau saya yer, emelkan gambar sekali lagi digalakkan...

-SEKIAN-

|:> Bubur Nasi + Pusuk Halia + Telur Masin <:|

Nyum...Nyum...Nyum...
salah satu nikmat dunia yang ALLAH bagi peluang untuk kita semua nikmati
sarapan pagi dengan menu yang simple dan membangkitkan selera

Bubur Nasi + Pusuk Leiyak + Telur Masin

saya rasa, bukan setakat saya je yang terliur kalau tengok bubur ni, sudah semestinya sekarang ni pun dah ada yang dengan tiba-tibanya terasa lapar. Resepi yang sangat mudah, budak sekolah pun boleh buat. So, apa lagi jom sama-sama kita nikmati menu nih, dan jangan lupa nak ucapkan Alhamdulillah kepada Sang Pencipta yang sentiasa menunjukkan kasih sayang-NYA kepada kita melalui nikmat yang DIA berikan...
Sesungguhnya, pasti nikmat di syurga kelak akan lebih dari ini. Semoga kita semua merasai nikmat yang lebih indah di Syurga-NYA kelak...aminn allahumma aminn..

*Pusuk: Ikan Bilis*
*Leiyak: Halia*


-SEKIAN-

Monday, February 21, 2011

Ya ALLAH, ku dambakan kasih hanya buat-MU


Tiada kata yang seindah kalam-MU, Tiada bahasa seindah ayat-MU
Sesungguhnya ENGKAU yang terindah
Penciptaku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

-SEKIAN-


at last...

after being quiet for a long time, now i can release a few of picture taken and edited by me. Just to share to all of you, and may ALLAH always bless us in everything we do...allahumma aminn


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...