Wednesday, February 23, 2011

|:> Anak anugerah ALLAH yang terindah <:|

Setiap mereka yang telah bernikah di jalan ALLAH dan bertemu dengan pasangan yang soleh, maka telah lengkaplah separuh dari agamanya.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:
"Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh ALLAH dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada ALLAH untuk sebahagian yang lain itu."
(Hdith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Melalui pernikahan yang diberkati ALLAH pasti akan terlahir bakal ulama yang akan berjihad di jalan ALLAH dalam menegakkan Islam yang syumul. Mendidik Muslim sejati dalam diri seorang anak kecil mengikut ajaran Rasulullah SAW. Berlaku adil dengan anak-anakmu dan berikan didikan yang sempurna agar mereka dapat menjadi bakal ulama di akhir zaman kelak. Itulah kewajipan ibu bapa dan sekaligus amanah dari ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Takutlah akan ALLAH dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu."

-SEKADAR GAMBAR HIASAN-

i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim)


-SEKIAN-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...