Sabda Rasulullah s.a.w
"Tidak sempurna iman salah seorang dpd kamu sehingga kasih ia kpd saudaranya sebagaimana dia kasih kpd dirinya sendiri"
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Istimewa ku tujukan buat semua teman-teman yang mengenali diri ini. Kehadiran kalian dalam hidupku amat memberi seribu makna dan erti. Kalian adalah perantara terbaik yang ALLAH berikan untuk ku agar lebih mengenali diri sebagai seorang Muslim. Betapa banyak lagi kelemahan yang ada pada diri masih perlu ku terokai dan ku perbaiki untuk menjadi yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Tak kira siapakah kalian, dimana kita bertemu segala kenangan, ingatan, pengalaman, teguran akan ku simpan untuk dijadikan pedoman sebagai seorang Muslim. Bingkisan teristimewa buat semua teman yang ku kenali:
*sejak di bangku sekolah rendah SK Matu Baru,
*meningkatnya usia mengenali dunia sebagai remaja di tempuh bersama semasa di SMK Tun Abang Haji Openg,
*mempelajari hidup yang penuh onak dan duri tanpa keluarga di sisi semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan,
*melangkah ke era yang lebih mencabar dalam menimba Ilmu dan kehidupan yang pernuh saingan semasa berada di UNIMAS,
*mempertahankan diri dengan langkah yang berani membuatkan aku mengenali kalian di Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, Sarawak (PSSCUH).
*mempertahankan diri dengan langkah yang berani membuatkan aku mengenali kalian di Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, Sarawak (PSSCUH).
*semakin meningkat matang dalam mengenali dunia bekerjaya di awal pekerjaan di Akademi Binaan Malaysia Sarawak,
*lebih mencari erti kehidupan sebagai Muslimah yang lebih matang dalam kerjaya sekarang di Pusat Satelit Sarawak Institut Sukan Negara.
*secara tidak lansung, mengenali kenalan yang turut sama mencari erti Cinta Hakiki Cinta Illahi dalam Facebook.
Semoga ALLAH SWT terus merahmati dan memberkati kalian.
No comments:
Post a Comment