Monday, June 27, 2011

Cabaran dan Hikmah: 5 perkara sebelum 5 perkara

Rutinku setiap minggu akan bertambah...
Rutin yang perlu ku jalani untuk memperbaiki diri...
Memperbaiki luaran dan dalaman...
Semoga diri ini akan terus tabah...
Berbekalkan berkat dan restu dari Illahi...
Demi persiapan untuk masa hadapan...

Segala dugaan dan cabaran pasti ada hikmahnya...
Itulah tanda kasih dan sayang Yang Maha Esa...
Setiap yang terjadi tidak pernah sia-sia...
Tabahkan diri istiqomah dalam berusaha...
Allah tetap bersama-sama hamba-Nya...
yang beriman dan bertaqwa...

Bersedialah kalian akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
Hidup sebelum Mati
Kaya sebelum Papa
Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Lapang sebelum Sempit


Ya Allah, Engkau jadikanlah setiap dugaan ini sebagai kifarah untukku...Janganlah Kau menjauh dariku Ya Allah, kerna sebuah kepastian iaitu dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku kembali...Kau lindungilah aku dari perkara-perkara yang Engkau murkai...

Tuesday, June 21, 2011

Sayang Ibu Sayang Ayah


Assalamualaikum semua sahabat, khaifahalukum??...ana??..alhamdulillah bilkhair...hehehe...cakap arab la pulak, saya ni bukan tau sangat pun cakap arab. Tapi sekadar sepatah dua patah tu ok la kan. Kalau dengar orang lain yang cakap tu masih boleh untuk memahami lagilah, asalkan cakap slow slow..hehehe..baiklah hari ini saya nak cerita sikit tentang hari istimewa pada malam semalam.
Orang lain sibuk nak sambut hari bapa pada hari ahad lepas, tapi bagi saya pulak, bila-bila masa pun adalah hari bapa dan hari mak. Pandangan setiap orang adalah berbeza sebab manusia itu UNIK, betul tak?...semalam saya dengan adik and adik ipar cadang nak beli kek istimewa untuk bapa kesayangan kemudian nak hadiahkan bunga. Mak pun setuju dengan cadangan kami tu. Di sebabkan sekarang ni musim kemarau tengah bulan, hehehe...faham-faham je lah yer, so saya dengan kedua-dua adik saya tu pun kongsilah belikan semua barang-barang tu. Maka saya tetapkan dengan diorang yang kami akan keluar lepas solat maghrib. Target tempat yang nak di redah pergi ialah Jalan Padungan untuk beli bunga Daisy, dan Secret Recipe untuk kek.

Selesai je solat maghrib kami pun bersama bergerak dengan sebuah kereta je, jimat minyak la katakan. Kami pun terus bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu Jalan Padungan. Maaf yer, terlupa pulak nak ambik gambar, takpe lainkali  saya ambik. Kat jalan Padungan ni, memang kebanyakkannya adalah kedai-kedai milik uncle-uncle dan aunty-aunty Chinese. Bagi orang Kuching mesti tau yang kawasan ni pun memang ada jual bunga segar. Tapi bunga-bunga ni diorang guna untuk bawak ke kubur...hehehe...tapi takpe lah kan, bunga tetap bunga, cantik-cantik and macam-macam warna ada. So, saya dengan adik pun mulakan sesi memilih kuntuman-kuntuman bunga yang cantik-cantik. Selesai je tugasan pertama, kami terus ke Secret Recipe, taknak lengahkan masa, nanti bising pulak orang kat rumah...hehehe...kami pun belilah 5 jenis Secret Recipe, kira untuk sorang satu tapi dah makan nanti makan ramai-ramai...best tau... Alhamdulillah, telah selesai membeli semua barang yang dikehendaki.


Sampai je kat rumah saya pun bagi bunga tu kat bapak, amboiii senyum dia sampai ke telinga...saya salam bapak, cium pipi dia and peluk kasih sayang...tetiba je rasa hiba dalam hati...kemudian bagi kat mak pulak, mak terkejut sebab dia tak tau pun yang dia akan dapat jugak bunga dari kami...apalagi salam, cium and peluk itu suatu kemestian...tetiba bapak pulak cakap yang dia dah dapat agak tujuan kami keluar tadi mesti nak beli hadiah untuk dia...hehehe...boleh tahan jugak instinct my father ni yer.

Tapi apa-apa pun, buat sahabat-sahabat semua, jangan malu jangan segan untuk cium dan peluk mak bapak kita yer...berilah hadiah kepada mereka tak kira samada hari ibu atau hari bapa, mana-mana hari pun boleh, sebab ini sebagai tanda untuk menghargai mereka dan menambahkan lagi rasa kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Lagipun penat lelah dan pengorbanan yang telah mereka berikan untuk membesarkan kita dari dalam rahim lagi tidak akan dapat dibalas sampai bila-bila. Hargailah masa bersama mereka selagi masih berpeluang.

Lidah kelu kaki melangkah,
Kasih Cinta buat-Mu Ya Allah,
Kasih rindu buat mu ya Rasulullah,
Itulah kasih yang terindah

Sulaman rindu, Cahaya cinta
Kasih kepada ibu dan bapa,
Biar kekal hingga akhirnya,
Selamanya kasih hingga ke syurga,

Monday, June 20, 2011

Masa yang pasti akan TIBA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Masa semakin berdetik, yang lepas telah berlalu yang akan datang belum pasti. Dalam hati kian berdetik, bila akan tiba masaku kerna yang sekarang bukan kekal abadi.
Setiap kita telah pun mengetahui setiap yang hidup pasti akan mati. Jika masanya tiba nanti dan itu suatu yang pasti kerna semuanya tugas Illahi.
Masa semakin blalu tertutupkah pintu taubat buatku, bergunung dosa menyelebungi diri hati semakin gundah tak bertepi.
Ya Allah Ya Rahman, Kau berikan aku pedoman dalam melayari sebuah kehidupan yang penuh cabaran.
Ya Allah Ya Muhaymin kehadrat-Mu hatiku panjatkan segala kegelisahan dan gundah-gulana dalam memikirkan tentang segala dosa.
Betapa diri ini terasa hina di sisimu. Betapa diri ini terasa kerdil di sisimu.
Layakkah aku untuk merasa nikmat syurga-Mu, sedangkan aku tak sanggup untuk menerima azab di neraka-Mu.
Ku bermohon ke hadrat-Mu Ya Illahi, Kau ampuni segala khilaf dan dosaku.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu ku bermohon keampunan dan pertolongan.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu sebaik-baik tempat untukku mengadu.
Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Hanya Engkau Tuhanku yang satu, tiada Tuhan lain melainkan diri-Mu
Hanya Engkau yang patut kusembah seperti mana telah Kau wahyukan kepada Kekasih-Mu Nabi Muhammad s.a.w.

Sunday, June 19, 2011

Sebelum & Selepas

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerna masih diberi peluang untuk mencoret sedikit kisah buat sahabat2 semua. Hari ini saya dalam mood yang sangat happy dan telah meningkatkan semangat saya untuk meng’edit’ gambar…hehhe…dalam bab meng’edit’ nih memang perlukan mood yang happy…kalau tak, gambar yang nak di’edit’ tu pun takkan jadi seperti apa yang saya kehendaki. Sebenar-benarnya dari dahulu lagi saya memang suka meng’edit’ gambar dan jugak membuat video klip ataupun slide show…setakat ni lebih kurang dalam 10 kalau tak silap saya video dan slide show yang telah saya buat/arahkan/design sendiri dan ada jugak di antaranya turut dibantu oleh rakan-rakan lain sebagai pelakon/peng’komen’. Syukran jazilan buat semua yang pernah melibatkan diri dalam video2 dan slide show yang dihasilkan. Untuk sahabat2 semua, kat bawah ni saya nak kongsikan gambar yang telah saya edit tadi…simple jer…sekadar untuk suka2…pa2 pun layannnzzz…


 amacam???...ok x??...hehhe

~Wassalam~

Zero To Hero (Part 1) => Tawakal

Assalamualaikum wbt buat semua sahabat, arini saya nak kongsikan aktiviti yang saya lakukan ari sabtu aritu. Alhamdulillah, segala perancangan telah berjalan lancar. Buat pengetahuan semua, beberapa hari sebelum ni, kereta tunggangan saya telah pun mengalami ketempangan kaki sebelah. Maksud saya, tayar kereta saya pancit. Saya dah mula risau macam mana saya nak pergi ke program Zero to Hero nih??...yelah kalau nak tukar tayar kereta tu, bukannya boleh nak tukar sebolah jer, nak tak nak kena lah tukar kedua-dua belah. Nak diteruskan lagi ceritanya, fulus kalau dah tengah bulan nih memang la hampir menuju ke musim kemarau. Saya pun dah naik risau, tetapi saya tetap yakin, walau apapun yang terjadi Allah pasti akan meringankan bebanan hamba-Nya. Saya telah sematkan tekad yang saya mesti ikut jugak program Zero to Hero kat UNIMAS tu dengan apa cara sekalipun. InsyaAllah berbekalkan tawakal dan sentiasa bersangka baik dengan cubaan yang Allah berikan, pasti akan ada jalan penyelesaian yang akan ditemui. Dan syukur Alhamdulillah, kelegaan telah bertapak dalam hati apabila bebanan telah diringankan dengan bantuan yang sudi dihulurkan oleh sahabat saya. Dimana beliau akan cuba untuk menjemput saya di rumah dan menginap bersama dengannya di Desa Ilmu kemudian bersama-sama ke program tersebut. Malah tanpa diduga, segala kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi kerna ayahanda saya mengatakan yang dia akan membantu saya untuk menukar tayar kereta (nanti dah terima pulangan gaji, kena bayar balik yerr..). Alhamdulillah Alhamdulillah syukur Ya Allah. Saya dapat mengikuti program tersebut dengan hati yang tenang.

Kisah nih mengingatkan saya kepada satu perkara iaitu sentiasa bersangka baik dengan Allah maka Allah akan bersangka baik dengan mu kembali. Bertawakallah dengan Allah dan bermohonlah kepada Allah, kerana Dia yang menurunkan cubaan itu, dan Dia jugaklah yang memiliki jalan penyelesaiannya. Dalam ummul kitab al-Quran juga telah diterangkan tentang tawakal dengan iaitu:

“dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”
(At-Talaq:3)

Dalam ayat ini sungguh jelas menerangkan tentang bertawakal kepada Allah. Sebagai manusia, jangan sesekali kita berterusan mengeluh dengan nasib diri. Kerna ianya seperti kita telah memperlekehkan kejadian yang telah Allah tetapkan. Sedangkan tujuan setiap perkara itu terjadi ialah untuk Allah memberi ilmu dan panduan kepada seseorang manusia itu melalui dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Malah ia juga nikmat terbesar yang Allah berikan untuk mempertingkatkan iman sebagai bekalan menuju akhirat. Sekiranya anda pernah mengeluh cepatlah beristighfar kepada-Nya dan mohon keampunan supaya hati ini tetap dalam perlindungan Allah s.w.t daripada godaan nafsu dan hasutan syaitan. Ingatlah kita hanya manusia akhir zaman yang tidak mempunyai Rasulullah di sisi sebagai rujukan, tetapi kita tetap mempunyai Al-Quran sebagai kalam Allah dan As-Sunnah sebagai pesanan Rasulullah.

~Wallahualam~


Friday, June 17, 2011

Muhasabah Cintaku



Bila disebut tentang CINTA, apakah yg bermain dalam fikiran sahabat2 sekalian?....terlalu banyak maksud CINTA yang dapat di interpritasikan. pernah kah sahabat2 sekalian terfikir akan CINTA kepada Pencipta kita dan CINTA kepada Kekasih NYA iaitu Rasulullah s.a.w??...kebanyakkan daripada kita, malah saya sendiri sebelum ini, terlalu asyik dengan CINTA duniawi yang semestinya belum pasti akan kekal abadi...kita mudah merasa cemburu apabila melihat insan lain berkasih-kasihan, bercinta, saling sayang menyayangi...kemudian cepat untuk kita membandingkan diri ini dengan mereka...malah kadang-kadang kita yang tidak berpunya dengan erti kata lain SINGLE, akan terkejar-kejar untuk mencari kekasih...yang boleh dijadikan teman untuk berkasih-sayang...bukan itu sahaja, bila sudah dijumpai CINTA duniawi itu...ia membuat kita lupa dan lalai hinggakan terlalu asyik berCINTA sesama insan...malah bagi mereka yang belum terbuka hati nya untuk mencari pasangan CINTA sesama manusia, terlalu asyik dengan CINTA duniawi yang lain seperti wang ringgit, kuasa, pengaruh, glamer dan sebagainya...

tetapi adakah sahabat2 sedar bahawa ada lagi yang lebih menCEMBURUI apa yang telah kita lakukan hingga lupakan BELIAU...yakni PENCIPTA kita...wahai sahabat2 yang aku sayangi sekalian, cuba kalian pikir kembali...dari mana datangnya CINTA itu??...dari mana asal-usul perasaan CINTA itu??...setiap perasaan yang datang dan pergi dalam diri kita semuanya atas kehendak ALLAH SWT...dan dari DIA jugalah muncul nya rasa CINTA itu, tidak kira adakah kita telah jatuh cinta kepada manusia, alam, atau apa2 sekali pun...semuanya adalah atas kehendakNYA...tetapi pernah kah kita mengucapkan syukur dengan apa yang telah DIA berikan kepada kita??...ataupun kita terus leka dan lalai dengan CINTA yang telah dia berikan??...sesungguhnya sahabat2 sekalian, bukan perasaan CINTA itu yang patut kita agung2kan...tetapi pada PEMBERI cinta itu, yakni ALLAH SWT...dengan rasa syukur dan keinginan yang tinggi dalam kita mendambakan CINTA dariNYA, insyaAllah, kita pasti akan sentiasa berada dlm perlindunganNYA....malah CINTA yang lebih agung akan kita perolehi dari NYA ALLAH SWT...

oleh itu, sahabat2 sekalian belajar dan cari lah CINTA ALLAH SWT dan CINTA RASUL junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...CINTA yang sememangnya sudah pasti akan kekal abadi...dan pasti CINTA duniawi itu, akan berada seiring dengannya...wallahualam...

beserta ini, saya kepilkan sekali sebuah lirik 
yang sungguh indah dan mendalam maksudnya berkenaan 
Cinta kepada Yang Maha Esa Allah s.w.t

Tajuk: Muhasabah Cinta
Penyanyi: edcoustic
Wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMU
ku pasrahkan semua padaMU
Tuhan, baruku sedar
indahnya nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan CINTAMU

**kata-kata CINTA
terucap indah
mengalir berzikir di kidong doaku
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
butir-butir CINTA, air mataku
teringat semua yang KAU berikan untukku
ampuni silap dan salah selama ini ya Illahi
Muhasabah CINTA

Tuhan, kautkan aku
lindungikan dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku denganMU

Thursday, June 16, 2011

Lembayung Kasih Sayang Allah yg Abadi


Tidak ada satu ayat pun yang dusta dalam Al-Quran. Malah setiap ayat dalam ummul kitab adalah pedoman dan panduan terbaik untuk setiap insan. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya kerna Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui. Pernah Rasulullah s.a.w menceritakan sebuah  kisah kepada para sahabat tentang seorang lelaki yang telah memberi minum seekor anjing, dan Allah telah mengampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Hurairah r.a:

“Ketika mana seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan dan menghadapi dahaga yang amat sangat, beliau menemui sebuah telaga, lalu turun dan meminum air kemudian keluar. Tiba-tiba beliau mendapati seekor anjing sedang terjelir-jelir dan memakan tanah kerana terlalu dahaga. Lelaki itu menyatakan: Anjing ini begitu dahaga sekali sehingga mencapai ke tahap ini (memakan tanah) seperti juga dahaga yang aku alami. Beliau turun semula ke dalam telaga, lalu memenuhkan khuf (kasut kalis air) dengan air, kemudian memegang dengan mulutnya lalu memberi minum kepada anjing tadi. Allah s.w.t berterima kasih kepadanya dan mengampunkan dosanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah adakah apabila kita berbuat baik kepada binatang, kita akan mendapat pahala?. Sabda baginda: Ya, berbuat baik kepada setiap sesuatu yang mempunyai jantung berdenyut itu, mendapat pahala.”

Berdasarkan kepada hadis tersebut, dapat kita simpulkan bahawa, Allah tidak memilih kasih kepada sesiapa pun asalkan individu itu tidak belaku syirik dan menyekutukan Allah. Dan sesungguhnya, selagi masih berdenyutnya nadi di muka bumi Allah ini, selagi itu pintu taubat buat kita masih terbuka. Mari sama-sama kita berdoa ke hadrat Illahi agar sentiasa berada di bawah keberkatan dan lembayung kasih sayang Allah s.w.t. 

Wednesday, June 15, 2011

Sebening Pagi Indahnya Kasih dan Iman

"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas." (QS. AL ISRA:12)

ஜ۩۞۩ஜ  *´'`°¤¸¸.•'´`'•.¸¸¤°´'`**´'`°¤¸¸.•'´`'•.¸¸¤°´'`  *ஜ۩۞۩ஜ


Tuesday, June 14, 2011

Bercambah Cinta Sakinah : [Doa dianugerahi kecintaan kepada Allah s.w.t]






بِسْمٌ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحَيْم

اَّللهُمَّ إِـنِّيْ أَسْاَلُكَ حُبْك َوَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِيْ يُبَلِّغُنِيْ حُبَّكَ. اَّللهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ اَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِيْ وَأَهْلَيْ وَمِنَ الْمَاءِالْبَارِدِ.

(allahumma inni asaluka hubbaka wahubba maiyuhibbuka wal'amalal lazhi yuballighuni hubbaka. allahummaj'al hubbaka ahabba ilaiya minnafsi waahli waminalmailbarid)

‎*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ¨`*•,
Ya Allah, aku memohon cinta-MU, cinta orang yang mencintai-MU dan amal yang menghantarkan pada cinta-MU.
Ya ALLAH jadikanlah cinta-MU lebih aku cintai daripada jiwaku, keluargaku dan air yang sangat sejuk.
˙·٠•●♥ ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ ♥●•٠·˙



Cinta dan Rindu tidak dapat dipisahkan dari kelambu kehidupan seorang insan. Kerna itulah fitrah yang telah ALLAH berikan untuk menambah warna-warni dalam kehidupan. Kita tidak akan pernah berhenti untuk mencari cinta dan menyemat rasa bahagia dalam diri. Kerna itulah fitrah yang telah ALLAH tetapkan adanya Adam maka adanya Hawa sejak ajali lagi. Walaupun begitu, sebaiknya langkah mencari cinta dan rindu biarlah niat disemat kerana ALLAH Taala. Dengan itu, cinta dan rindu tidak akan layu dan meliar dengan nafsu dunia semata. Buat semua saudara ku muslimin dan muslimat, mari bersama kita amalkan doa untuk menanam benih kasih dan sayang kepada Yang Maha Esa agar membuahnya sebuah Cinta kekal abadi hingga ke Syurga. 

Monday, June 13, 2011

Mutiara Kasih Sebuah Kerinduan

☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆
Ya Muhaymin Ya Mutakabbir
Mutiara kasih permata rindu
Tiada kata yang mampu ku ungkap di bibir
Hanya hati ku bisa melepaskan kata rindu
Kata rindu yang tak berlagu

Betapa menggunungnya sebuah kerinduan
Rindu akan sebuah rasa yang dulu pernah berlagu
Rindu akan nikmat merindui-MU
Ya ALLAH Ya Rahman
Hanya pada-Mu ku merintih sayu
Kembalikan cahaya nikmat cinta dan rindu

Ya Fattah Ya Salam
Ku bermohon ke hadrat-MU Ya Illahi
ENGKAU selamatkanlah hati ku dari terus tenggelam
Bukakanlah hatiku ini
Dan sinarilah ia dengan cahaya cinta dan rindu tak bertepi

Hatiku terus mengering dan menangis
Terlahirnya rasa pilu dan sedih bila KAU menjauh dariku
Ya ALLAH Ya Rahim
Aku tak sanggup merasa kelam bila KAU menjauh
Aku rela dibasahi air mata rindu pada-MU
Daripada air mata KAU menjauh dari ku

Betapa pedih hati ini
Bila kosong tanpa nikmat sebuah kasih
Kasih dan Cinta pada Illahi
Kembalilah ia padaku, aku taknak rasa tersisih

Ya ALLAHu Ya ALLAH
Ya ALLAHu Ya ALLAH
Ya ALLAHu Ya ALLAH
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.


Permata Pedoman Hidup Muslimah

‎*.:。✿*゚゚・✿.。.:* Janganlah menyangka bhwa kesusahan akn bkekalan! *.:。✿*゚゚・✿.。.:*
Krna jika ada sesuatu yg kekal, maka manusia akn terdampar ke dlm kebingungan 
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


Keikhlasan dan ketulusan biasanya muncul dari orang-orang yang tidak punya apa-apa tetapi mereka tahu nilai kata-kata dan senyuman. Hakikatnya, ramai manusia yang mahu menghulurkan bantuan tetapi tangannya mencubit.

"Seisapa yang takut kepada ALLAH, akan diberikan untuknya jalan keluar."

Sunday, June 12, 2011

Nikmat ALLAH yang terindah

Assalamualaikum buat semua, rasanya dah lama sangat saya tak update blog nih. Buat pengetahuan semua, pada 4hb Jun 2011 bersamaan dengan 3 Rejab 1432h yakni hari sabtu, alhamdulillah telah bertambahnya ahli keluarga saya yang dahulunya 4 kini telah menjadi 5. Satu-satunya adik saya telah bernikah pada tarikh tersebut dengan pilihan hatinya. Manakala majlis persandingan telah berlansung pada keesokkan hari. Kemeriahan majlis tersebut sangat tidak disangka. Banyak pihak keluarga, rakan-rakan, dan jiran-jiran telah menghadirkan diri dan memeriahkan suasana. Sebenarnya banyak perkara yang saya nak kongsikan bersama dengan anda semua, tapi rasanya sekarang masa tak sesuai. Bila ada masa yang betul-betul free nanti saya akan share bersama dengan kalian semua. Sebagai penutup, saya nak kongsikan beberapa keping gambar untuk jadi tatapan kalian.

gambar ni diambil kat Pangkalan Sapi, Petra Jaya Kuching.



Thursday, June 9, 2011

Arti Bacaan Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil, Istighfar, Dll

Sekadar Perkongsian bersama, berikut di bawah ini adalah pengertian / arti definisi dari bacaan-bacaan zikir tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahuakbar), tahlil (Laa ilaha Illallah), istighfar (Astaghfirullah hal adzim), dan lain sebagainya dalam ajaran agama Islam. Bacaan-bacaan di bawah ini ringan untuk dilakukan, akan tetapi berat timbangan amal yang kita dapatkan.
- Arti "Subhanallah" : artinya adalah "Maha Suci Allah" (Tasbih)
- Arti "Alhamdulillah" : artinya adalah "Segala Puji Bagi Allah" (Tahmid)
- Arti "Allahuakbar" : artinya adalah "Maha Besar Allah" (Takbir)
- Arti "Laa ilaha Illallah" : artinya adalah "Tiada Tuhan Selain Allah" (Tahlil)
- Arti "Audzubillah himinasyaitonirrajim" : artinya adalah "Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk"
- Arti "Naudzubillah himinasyaitonirrajim" : artinya adalah "Kami berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk"
- Arti "Astaghfirullah hal adzim" : artinya adalah "Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung" (Istighfar)
- Arti "Nastaghfirullah hal adzim" : artinya adalah "Kami mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung" (Istighfar Jamak)
=====
Beberapa Arti Hadits Nabi Muhammad SAW Terkait Bacaan Zikir :
- “Barang siapa yang membaca: “Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya”, dalam sehari seratus kali, maka kesalahannya akan dihapuskan sekalipun seperti buih air laut.”
- “Sungguh, apabila aku membaca: ‘Subhaanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar’. Adalah lebih ku cintai dari apa yang disinari oleh matahari terbit."
- “Apakah seseorang di antara kamu tidak mampu mendapatkan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang di antara yang duduk bertanya: “Bagaimana mungkin di antara kita bisa memperoleh seribu kebaikan (dalam sehari)?” Rasulullah r bersabda: “Hendaklah dia membaca seratus tasbih, maka ditulis seribu kebaikan baginya atau dihapuskan darinya seribu keburukan.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...