Assalamualaikum semua sahabat, khaifahalukum??...ana??..alhamdulillah bilkhair...hehehe...cakap arab la pulak, saya ni bukan tau sangat pun cakap arab. Tapi sekadar sepatah dua patah tu ok la kan. Kalau dengar orang lain yang cakap tu masih boleh untuk memahami lagilah, asalkan cakap slow slow..hehehe..baiklah hari ini saya nak cerita sikit tentang hari istimewa pada malam semalam.
Orang lain sibuk nak sambut hari bapa pada hari ahad lepas, tapi bagi saya pulak, bila-bila masa pun adalah hari bapa dan hari mak. Pandangan setiap orang adalah berbeza sebab manusia itu UNIK, betul tak?...semalam saya dengan adik and adik ipar cadang nak beli kek istimewa untuk bapa kesayangan kemudian nak hadiahkan bunga. Mak pun setuju dengan cadangan kami tu. Di sebabkan sekarang ni musim kemarau tengah bulan, hehehe...faham-faham je lah yer, so saya dengan kedua-dua adik saya tu pun kongsilah belikan semua barang-barang tu. Maka saya tetapkan dengan diorang yang kami akan keluar lepas solat maghrib. Target tempat yang nak di redah pergi ialah Jalan Padungan untuk beli bunga Daisy, dan Secret Recipe untuk kek.
Selesai je solat maghrib kami pun bersama bergerak dengan sebuah kereta je, jimat minyak la katakan. Kami pun terus bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu Jalan Padungan. Maaf yer, terlupa pulak nak ambik gambar, takpe lainkali saya ambik. Kat jalan Padungan ni, memang kebanyakkannya adalah kedai-kedai milik uncle-uncle dan aunty-aunty Chinese. Bagi orang Kuching mesti tau yang kawasan ni pun memang ada jual bunga segar. Tapi bunga-bunga ni diorang guna untuk bawak ke kubur...hehehe...tapi takpe lah kan, bunga tetap bunga, cantik-cantik and macam-macam warna ada. So, saya dengan adik pun mulakan sesi memilih kuntuman-kuntuman bunga yang cantik-cantik. Selesai je tugasan pertama, kami terus ke Secret Recipe, taknak lengahkan masa, nanti bising pulak orang kat rumah...hehehe...kami pun belilah 5 jenis Secret Recipe, kira untuk sorang satu tapi dah makan nanti makan ramai-ramai...best tau... Alhamdulillah, telah selesai membeli semua barang yang dikehendaki.
Sampai je kat rumah saya pun bagi bunga tu kat bapak, amboiii senyum dia sampai ke telinga...saya salam bapak, cium pipi dia and peluk kasih sayang...tetiba je rasa hiba dalam hati...kemudian bagi kat mak pulak, mak terkejut sebab dia tak tau pun yang dia akan dapat jugak bunga dari kami...apalagi salam, cium and peluk itu suatu kemestian...tetiba bapak pulak cakap yang dia dah dapat agak tujuan kami keluar tadi mesti nak beli hadiah untuk dia...hehehe...boleh tahan jugak instinct my father ni yer.
Tapi apa-apa pun, buat sahabat-sahabat semua, jangan malu jangan segan untuk cium dan peluk mak bapak kita yer...berilah hadiah kepada mereka tak kira samada hari ibu atau hari bapa, mana-mana hari pun boleh, sebab ini sebagai tanda untuk menghargai mereka dan menambahkan lagi rasa kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Lagipun penat lelah dan pengorbanan yang telah mereka berikan untuk membesarkan kita dari dalam rahim lagi tidak akan dapat dibalas sampai bila-bila. Hargailah masa bersama mereka selagi masih berpeluang.
Kasih Cinta buat-Mu Ya Allah,
Kasih rindu buat mu ya Rasulullah,
Itulah kasih yang terindah
Sulaman rindu, Cahaya cinta
Kasih kepada ibu dan bapa,
Biar kekal hingga akhirnya,
Selamanya kasih hingga ke syurga,
No comments:
Post a Comment