Monday, January 14, 2013

Hati yang sentiasa sedar dan sensitif

Bismillah, Alhamdulillah wa Syukurillah...

Hati merupakan antara organ yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Ini adalah kerana ia berperanan untuk membekalkan darah yang berkualiti dan bersih kepada anggota badan yang lain. Jika hati ini tidak dipelihara dengan baik, maka ia akan menjejaskan secara keseluruhan fungsi dan proses dalam badan.

Selalu kita dengar tentang sifat mazmumah dan mahmudah. Jika sifat-sifat ini datang dari hati kita sendiri, ia akan menentukan samada rosak atau elok tubuh badan. Adakah terganggu atau tidak ibadah yang telah dilaksanakan. Semoga semua antara kita terlindung dari sifat-sifat mazmumah dan terpelihara dengan sifat mahmudah.

Sebaiknya kita menilai kualiti hati sendiri daripada kita terlalu mengambil berat dalam menilai hati individu lain. Rasulullah s.a.w pernah mewasiatkan kepada Saidina Ali, iaitu "Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda iaitu, tidak terpaur hatinya pada harta benda dunia, tidak terpesona dengan pujuk rayu, serta benci terhadap perbuatan dan perkataan sia-sia".

Oleh itu Rasulullan s.a.w telah mengajar kita banyak kaedah dan cara atau amalan-amalan untuk memelihara hati seperti berpuasa, zikir, bersedekah, muhasabah diri dan banyak lagi. Di sini saya kongsikan sebuah lagu yang mempunya lirik menarik berkaitan hati.

Tajuk: Jagalah Hati
Artis: Snada

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih
Fikiran pun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati kian keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh
Dengan Allah kian jauh

Bila hati kian suci
Tak ada yang tersakiti
Peribadi menawan hati
Dirimu disegani

Namun bila hati busuk
Fikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
Jadi makhluk terkutuk

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan datang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Terasa terus menghimpit
Lahir baitn terasa sakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...