Sunday, June 19, 2011

Zero To Hero (Part 1) => Tawakal

Assalamualaikum wbt buat semua sahabat, arini saya nak kongsikan aktiviti yang saya lakukan ari sabtu aritu. Alhamdulillah, segala perancangan telah berjalan lancar. Buat pengetahuan semua, beberapa hari sebelum ni, kereta tunggangan saya telah pun mengalami ketempangan kaki sebelah. Maksud saya, tayar kereta saya pancit. Saya dah mula risau macam mana saya nak pergi ke program Zero to Hero nih??...yelah kalau nak tukar tayar kereta tu, bukannya boleh nak tukar sebolah jer, nak tak nak kena lah tukar kedua-dua belah. Nak diteruskan lagi ceritanya, fulus kalau dah tengah bulan nih memang la hampir menuju ke musim kemarau. Saya pun dah naik risau, tetapi saya tetap yakin, walau apapun yang terjadi Allah pasti akan meringankan bebanan hamba-Nya. Saya telah sematkan tekad yang saya mesti ikut jugak program Zero to Hero kat UNIMAS tu dengan apa cara sekalipun. InsyaAllah berbekalkan tawakal dan sentiasa bersangka baik dengan cubaan yang Allah berikan, pasti akan ada jalan penyelesaian yang akan ditemui. Dan syukur Alhamdulillah, kelegaan telah bertapak dalam hati apabila bebanan telah diringankan dengan bantuan yang sudi dihulurkan oleh sahabat saya. Dimana beliau akan cuba untuk menjemput saya di rumah dan menginap bersama dengannya di Desa Ilmu kemudian bersama-sama ke program tersebut. Malah tanpa diduga, segala kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi kerna ayahanda saya mengatakan yang dia akan membantu saya untuk menukar tayar kereta (nanti dah terima pulangan gaji, kena bayar balik yerr..). Alhamdulillah Alhamdulillah syukur Ya Allah. Saya dapat mengikuti program tersebut dengan hati yang tenang.

Kisah nih mengingatkan saya kepada satu perkara iaitu sentiasa bersangka baik dengan Allah maka Allah akan bersangka baik dengan mu kembali. Bertawakallah dengan Allah dan bermohonlah kepada Allah, kerana Dia yang menurunkan cubaan itu, dan Dia jugaklah yang memiliki jalan penyelesaiannya. Dalam ummul kitab al-Quran juga telah diterangkan tentang tawakal dengan iaitu:

“dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”
(At-Talaq:3)

Dalam ayat ini sungguh jelas menerangkan tentang bertawakal kepada Allah. Sebagai manusia, jangan sesekali kita berterusan mengeluh dengan nasib diri. Kerna ianya seperti kita telah memperlekehkan kejadian yang telah Allah tetapkan. Sedangkan tujuan setiap perkara itu terjadi ialah untuk Allah memberi ilmu dan panduan kepada seseorang manusia itu melalui dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Malah ia juga nikmat terbesar yang Allah berikan untuk mempertingkatkan iman sebagai bekalan menuju akhirat. Sekiranya anda pernah mengeluh cepatlah beristighfar kepada-Nya dan mohon keampunan supaya hati ini tetap dalam perlindungan Allah s.w.t daripada godaan nafsu dan hasutan syaitan. Ingatlah kita hanya manusia akhir zaman yang tidak mempunyai Rasulullah di sisi sebagai rujukan, tetapi kita tetap mempunyai Al-Quran sebagai kalam Allah dan As-Sunnah sebagai pesanan Rasulullah.

~Wallahualam~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...